Salah pecah rekod Premier League 2024/25 sapu bersih tiga anugerah utama

FOTO BERITA: Liverpool menjulang trofi Liga Perdana Inggeris 2024 – 2025 dan Mohamed Salah terus mengukir namanya dalam lipatan sejarah Liga Perdana Inggeris apabila muncul sebagai pemain pertama yang memenangi tiga anugerah individu utama dalam satu musim. (Foto – Liverpool FC)

Bintang Mesir itu menamatkan musim 2024/25 dengan pencapaian luar biasa, membawa pulang – Player of the Season (Pemain terbaik liga) Golden Boot (Penjaring gol terbanyak) dan Playmaker Award (Bantuan gol terbanyak)

Bintang Mesir itu menamatkan musim 2024/25 dengan pencapaian luar biasa menjadi mesin gol, tetapi juga arkitek serangan Liverpool. Keupayaannya mencipta peluang, menjaringkan gol penting, dan menjadi tulang belakang kejayaan The Reds musim ini menjadikannya tidak dapat disangkal lagi sebagai pemain paling dominan di England — malah mungkin di Eropah — tahun ini.

“Saya hanya mahu bantu pasukan menang. Anugerah ini bonus, tetapi kejayaan kelab adalah segalanya,” ujar Salah dengan rendah hati dalam wawancara selepas menerima anugerah.

Musim ini, beliau menjaringkan 28 gol dan mencatat 17 assist, satu angka luar biasa yang membuktikan kehebatannya bukan hanya di depan gawang, tetapi juga sebagai perancang utama di sebalik kejayaan Liverpool menjuarai Liga Perdana.

Kejayaan ini menambahkan lagi koleksi pencapaian Salah sejak menyertai Liverpool pada 2017. Namun, musim ini akan terpahat sebagai musim terbaik sepanjang kariernya, dan mungkin salah satu musim individu terbaik dalam sejarah Premier League. Anfield terus bersinar, dan di tengah kilauan itu Mohamed Salah berdiri sebagai legenda hidup

Akhirnya, penantian panjang yang penuh liku itu berakhir dengan penuh gemilang. Liverpool secara rasmi menjulang trofi Liga Perdana Inggeris, disempurnakan oleh kapten berpengaruh, Virgil van Dijkstra, di hadapan puluhan ribu penyokong setia di Anfield.

Detik sejarah Liverpool julang Premier League 2024/25 dihadapan penyokong sendiri. Kejayaan ini hadir sebulan selepas kelab itu mengesahkan status juara, namun detik penuh emosi hanya benar-benar terasa apabila trofi keramat itu diangkat tinggi ke udara simbol kejayaan, kerja keras, dan kesetiaan yang tidak pernah luntur.

Ini bukan sekadar kejuaraan biasa. Lima tahun selepas menjulang trofi semasa musim pandemik yang sunyi tanpa sorakan penyokong, Liverpool akhirnya meraikan kejayaan di hadapan peminat, buat pertama kali dalam 35 tahun.

Dua kejuaraan dua kenangan istimewa 2020, kejuaraan pertama selepas tiga dekad 2025, kejuaraan pertama di hadapan peminat sejak 1990.

Tempoh yang lama penuh penantian namun segalanya terasa berbaloi. Apa yang menjadikan kejayaan ini lebih manis ialah cara ia diraih. Bukan melalui pembelian pemain berprofil tinggi secara boros, tetapi melalui perancangan rapi, pembangunan berstruktur, dan kesatuan luar biasa seluruh organisasi.

Pemilik yang memahami, Peminat yang setia, Pemain yang berjuang, Pengurus yang bijaksana. Dalam era bola sepak moden yang penuh persaingan wang dan kuasa, Liverpool muncul sebagai contoh kejayaan ‘rare’ — bukti bahawa bola sepak masih punya ruang untuk kejujuran, kesabaran, dan identiti yang utuh.

Tiada siapa dapat menafikan dominasi Liverpool ketika ini. Sebagaimana kata penulis dan pengkaji bola sepak, Paul Tomkins “Golden Past, Red Future” Dan kini, Anfield bersorak lantang “We are on top!” Liverpool juara yang sebenar, di atas padang dan di hati penyokong