Semangat kejiranan disemarakkan di Pangsapuri Rimba Jaya melalui Pertandingan Keceriaan & Kebersihan Blok Kita

FOTO BERITA: Majlis Perasmian Pertandingan Keceriaan & Kebersihan “Blok Kita” oleh YB Danial AL Rashid ADUN Batu Tiga anjuran KRT (Kawasan Rukun Tetangga) di Pangsapuri Rimba Jaya, Seksyen16/19 Shah Alam, Selangor. 25hb Mei 2025 (Ahad)

Shah Alam, 25 Mei 2025 (Ahad) – Suasana di Pangsapuri Rimba Jaya, Seksyen 16/19, Shah Alam bertambah meriah dengan penganjuran Pertandingan Keceriaan & Kebersihan Blok Kita, yang turut dihadiri dan dirasmikan oleh YB Danial Al Rashid, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Tiga.

Program komuniti yang diadakan ini bertujuan untuk memupuk semangat kejiranan serta meningkatkan kesedaran dalaman kalangan penduduk terhadap kepentingan kebersihan dan keceriaan kawasan perumahan. Ia juga merupakan sebahagian daripada usaha memperkukuh hubungan antara penduduk serta mempromosikan gaya hidup sihat dan persekitaran yang bersih.

Dalam sidang media selepas penyampaian hadiah, YB Danial Al Rashid menekankan bahawa program seumpama ini mampu menjadi pemangkin kepada pembentukan komuniti yang prihatin dan bertanggungjawab. “Keceriaan dan kebersihan kawasan kediaman bukan sahaja mencerminkan nilai masyarakat, tetapi turut memberi kesan kepada kesejahteraan dan kesihatan penduduk,” ujar beliau.

“Saya harap KRT (Kawasan Rukun Tetangga) boleh teruskan usaha dan kita nak lihat suasana kebersihan berpanjangan dan berterusan akhirnya mereka nak buang sampah serba salah, itu lah objektif dan boleh dipanjangkan ke blok lain” tambah beliau

Tema Keceriaan & Kebersihan Blok A Pangsapuri Rimba Jaya dipertandingkan bagi setiap tingkat berdasarkan deco dan idea susun atur alat2 hiasan perabot sebagai inpirasi kebersihan dan kecantikan susunan sedap mata memandang. Penyertaan 15 dari 17 tingkat menyertai pertandingan sangat mendapat sambutan.

“Saya pastikan akan bawak idia ini keseluruh tampat di kawasan Batu Tiga untuk kita ceriakan semua blik-blok strata untuk ambil bahagian dan memberi impak yang baik kepada masyarakat” jelas beliau

Penganjuran pertandingan ini diharap dapat menjadi contoh kepada komuniti lain untuk turut sama mengambil inisiatif dalam menjaga kebersihan dan keceriaan kawasan kediaman masing-masing. Juara pertandingan Keceriaan & Kebersihan Blok Kita dimenangi tingkat 14, tempat kedua tingkat 15 dan tingkat 16 tempat ketiga masing-masing membawa pulang hadiah wang tunai.






























