Hari terakhir Sidang Kemuncak ASEAN fokus perluasan kerjasama rakan strategik
Memasuki hari terakhir Sidang Kemuncak ASEAN ke-46, tumpuan akan diberikan kepada usaha mengukuhkan hubungan ASEAN dengan rakan strategik.
Menurut Setiausaha Akhbar Kanan kepada Perdana Menteri, Tunku Nashrul Abaidah, dua agenda utama menjadi fokus hari ini iaitu Sidang Kemuncak ASEAN-Majlis Kerjasama Teluk (GCC) yang kedua dan Sidang Kemuncak trilateral ASEAN-GCC-China, yang pertama kali dianjurkan.
“Kedua-dua sidang ini akan membincangkan langkah konkrit bagi memperluas kerjasama dalam bidang perdagangan, pelaburan serta pembangunan mampan,” katanya dalam satu taklimat harian yang disiarkan melalui Facebook Pejabat Perdana Menteri (PMO).
Tambah beliau, kerjasama yang dibincangkan adalah seiring dengan aspirasi ASEAN untuk memainkan peranan lebih berpengaruh dalam konteks geoekonomi Indo-Pasifik.
BACA JUGA PM Singapura ucap tahniah kejayaan Anwar pengerusikan Sidang ASEAN yang berjaya