Nasi kerabu jadi juara pertandingan kulinari sedunia

Nasi kerabu terbukti menambat juri antarabangsa baru-baru ini sehingga menobatkan pasukan Kulinari Malaysia sebagai juara cabaran makanan warisan kebangsaan dalam Ekspo Kulinari Emiriah Arab Bersatu (UAE) 2025.

Hidangan utama itu disediakan tujuh cef iaitu Muhammad Azzam Omar selaku ketua pasukan, Rene Johari (pengurus pasukan) dan Syafiq Shahrom (pengurus dan mentor pasukan).

Turut berada dalam pasukan itu adalah Azlee Zainon (penasihat pasukan), Yusry Yuzani (kebersihan, kreatif dan logistik), Nabil Eman (penyedia hidangan pemula dan pembuka selera) dan Raihana Adawiyah (penyedia pencuci kuih Melayu).

Setiap pasukan hanya diberi tempoh tiga jam untuk menyiapkan hidangan sebelum dipersembahkan di hadapan juri.

Selain nasi kerabu, hidangan lain disediakan pasukan Kulinari Malaysia untuk penilaian juri termasuk rendang ayam, otak-otak, udang sambal, kuih keria dan kuih Puteri Dua Sebilik.

Mereka yang dilapor bertungkus lumus selama tiga bulan itu menerima pingat, trofi dan sijil penghargaan.

Pertandingan tahunan itu menyaksikan penyertaan cef dari 12 negara dengan Syria merangkul naib juara dan Perancis di tempat ketiga.

@gegar.my

Malaysia dan Nasi Kerabu Mendoniaa 🔥 Pasukan Masakan Kebangsaan Malaysia MENANG EMAS dan dinobatkan sebagai “Best Cuisine di Worldchefs National Cuisine Challenge 2025” di Dubai! KEJAYAAN GLOBAL ini bukti keunikan citarasa tradisi kita di mata dunia! 📅 23 Mei 2025 di UAE menjadi saksi Malaysia MENJULANG GELARAN JUARA MASAKAN TRADISI! KEDUDUKAN FINAL: 🏆 Juara – Malaysia 🏅 Naib Juara – Syria 🥉Tempat Ketiga – Perancis Top 10: Itali, China, India, Indonesia, Sri Lanka, Nepal, Thailand, Afrika Selatan! #THRGegar #No1PermataPantaiTimur

♬ original sound – THR GEGAR – THR GEGAR

BACA JUGA Hantaran mesej lucah kepada remaja, apa jadi ‘CEO Batu’?