Gandingan baharu KKM, Dr Dzul dan Dr Mahathar: Ini baru nampak mahu reform
Oleh DR AHMAD FADHZIL MOHAMAD
Kalau orang tanya bila REFORMASI Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) nak mula?
Jawapan kita: HARI INI. SEKARANG.
Sebab Dr Dzul bukan menteri biasa. Beliau buat langkah berani pertama, tak lantik ikut legasi, tak ikut rentak lama.
Beliau temuduga 10 calon Ketua Pengarah Kesihatan, tapis satu-satu, nilai satu-satu.
Dengar kata proses nak dapatkan terbaik ini pun memerlukan lebih 2 bulan lamanya..
Dan hari ini, Yang di-Pertuan Agong perkenan: Dr Mahathar dilantik sebagai DG Baharu.
Gandingan ini bukan biasa-biasa.
- Dr Dzul, menteri idealis yang berani langgar arus.
- Dr Mahathar , teknokrat perubatan yang faham akar umbi dan penatnya bekerja di Jabatan Kecemasan.
Ini bukan sekadar jawatan, ini tanda permulaan revolusi kesihatan yang kita impikan selama ini.
Dr Mahathar bawa ilmu dari:
University of St Andrews, Scotland
University of Manchester, UK
Emergency Medicine, USM
Dan 28 tahun khidmat dalam sistem KKM, dia tahu mana luka yang bernanah, mana sistem yang tenat.
Yang lebih penting , dia tahu penat jadi staf kesihatan dan penat menunggu pesakit di hospital tu macam mana..
Tapi harapan kami bukan atas satu bahu.
Kami percaya pada GANDINGAN ini.
Dr Dzul yang berani ubah dasar.
Dr Mahathar yang faham lapangan.
Rakyat & petugas kesihatan yang sedia bangkit bersama.
Pesan kami kepada gandingan ini:
Jangan hanya duduk di pejabat, turun ke lapangan.
Jangan hanya audit kertas, nilai hati manusia.
Jangan hanya jaga data, jaga juga jiwa.
Datanglah ke hospital dan klinik tanpa diumum, tanpa protokol.
Tengok sendiri bagaimana doktor makan maggi di pantry jam 2 pagi.
Lihat sendiri nurse menangis senyap bila tak sempat balik tengok anak.
Reformasi bukan PowerPoint.
Reformasi adalah EMPATI.
Dan keberanian untuk cakap:
“Sistem ni ada kekurangan yg banyak. Jom kita betulkan sama-sama.”
Kepada petugas kesihatan:
Kami tahu korang dah penat.
Tapi percayalah, gelombang baru dah mula.
Semangat korang adalah nyawa sistem kesihatan negara.
Kepada rakyat:
Ini masa kita bersuara.
Tuntut yang adil. Lawan yang beku.
Reformasi tak akan berjaya kalau rakyat diam.
Gandingan Dzul + Mahathar = Harapan Baru Malaysia.
Gandingan ini perlu sokongan kita.
Gandingan ini perlu jadi sejarah, bukan episod sementara.
Dr Dzul dah buat langkah berani.
Sekarang masa untuk kita semua LANGKAH BERSAMA.