Anwar ke Sabah buat rundingan pra pilihan raya negeri

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Kota Kinabalu, Sabah bagi menghadiri beberapa program bersama rakyat dan pemimpin parti politik menjelang pilihan raya negeri yang dijangka tahun ini juga.

Sebagai Pengerusi Pakatan Harapan, Anwar dijadualkan melakukan perbagai pertemuann termasuk Pakatan Harapan Sabah.

“Setibanya di sini, saya terus mengadakan pertemuan bersama kepimpinan Pakatan Harapan negeri dalam suasana penuh santai dan harmoni.

“Moga segala dirancang berjalan lancar seperti yang diharapkan, Insya-Allah,” kata Anwar dalam satu kenyataan menerusi facebook beliau.

Anwar dijangka akan meneruskan rundingan dengan para pemimpin politik di Sabah menjelang pilihan raya negerin yang dijangka akan diadakan tahun ini juga, seawalnya September ini.

Sebelum ini, Anwar mengumumkan PH akan bekerjasama dalam Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya ini.

Dalam pada itu, Anwar juga dijangka berunding dengan pelbagai parti lain termasuk Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang memerintah negeri itu sekarang.

Dalam pilihan raya kali ini, selain PH, BN dan GRS, parti Warisan pimpinan Datuk Seri Shafie Apdal adalah pencabar utama.

BACA JUGA Salut kepada petugas Sidang Kemuncak Asean, kita tidak memilih untuk berundur, kata PMX