Pensyarah UUM telah diperintah bayar saman RM400,000 kepada Hannah Yeoh

Pensyarah Universiti Utara Malaysia (UUM) Kamarul Zaman Yusoff telah kalah dalam kes saman fitnah terhadap Ahli Parlimen Segambut Hannah Yeoh.

Beliau diarahkan membayar gantirugi sebanyak RM400,000 kerana dua hantaran Facebook yang diterbitkan pada 2017 telah memfitnah Yeoh.

Hakim Mahkamah Tinggi Aliza Sulaiman turut mengarahkan Kamarul membayar RM80,000 sebagai kos guaman.

Aliza bagaimanapun menolak permintaan Yeoh agar Kamarul membuat permohonan maaf terbuka kerana” sebarang permohonan maaf yang dibuat adalah tidak ikhlas”.

Kamarul yang tidak hadir prosiding mahkamah hari ini dipercayai akan membuat permohonan rayuan terhadap keputusan ini.

Yeoh yang kini merupakan Menteri Belia dan Sukan memfailkan saman fitnah ini pada tahun 2022 ekoran penerbitan artikel bertajuk Hannah Yeoh contoh hipokrasi terbesar DAP di Malaysia dan laporan polis yang dibuat oleh Kamarul terhadap Yeoh.

Kamarul turut menerbitkan semula laporan polis tersebut di Facebook.

Kamarul membuat hantaran tersebut ekoran buku Becoming Hannah.

Sementara itu, Yeoh bersyukur selepas memenangi kes ini.

Beliau turut berterima kasih kepada hakim dan barisan peguamnya Sangeet Kaur Deo dan Tan Chee Kian.