Mat Sabu ke Thailand bincang teknologi pertanian, ASEAN Express

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Mohamad Sabu telah mengadakan pertemuan rasmi dengan rakan sejawatnya, Menterian Pertanian dan Koperasi Dr Narumon Pinyosinwat di Bangkok Thailand.

Kedua-dua pemimpin membincangkan kerjasama strategik di dalam sektor pertanian.

“Kami turut meneliti potensi penerokaan teknologi pertanian digital dan pengurusan sumber air secara lestari demi masa depan pertanian yang mampan,” kata beliau yang lebih sebagai Mat Sabu dalam satu hantaran Facebook.

“Isu logistik penghantaran hasil pertanian menerusi ASEAN Express turut dibangkitkan, termasuk halangan eksport produk seperti udang, ayam, ternakan dan produk offal ke pasaran Thailand.

“Dalam semangat diplomasi serantau, kami sepakat mencari penyelesaian bersama yang membawa manfaat kepada kedua-dua negara.

ASEAN Express ialah laluan keretapi barangan yang menghubungkan Kelana Jaya di Selangor ke Chongqin di China.

Nilai dagangan dua hala sektor pertanian antara Malaysia dan Thailand telah mencecah RM20.96 bilion pada tahun lalu.