Pelantikan Menteri, hak PM
AMANAH mengambil pendirian bahawa pelantikan Menteri adalah hak prerogatif Perdana Menteri.
“Parti Amanah Negara (AMANAH) berpendirian bahawa isu perletakan jawatan Menteri adalah hal dalaman antara Menteri berkenaan dan Perdana Menteri.
“Hanya Perdana Menteri yang berhak memuktamadkan hal tersebut setelah menyembah perkenan kepada Yang di-Pertuan Agong selaras peruntukan Perkara 43 (5) Perlembagaan Persekutuan.
“Justeru, jika ada kekosongan kabinet sekalipun, penggantian Menteri atau rombakan kabinet adalah hak prerogatif Perdana Menteri yang perlu dihormati semua pihak,” kata Setiausaha Agung AMANAH Faiz Fadzil dalam satu kenyataan.
Oleh demikian, semua pihak diseru untuk tidak membincangkan isu ini secara terbuka.
Ahli dan penyokong AMANAH juga dinasihatkan untuk merujuk isu ini melalui kenyataan rasmi Amanah yang dikeluarkan oleh Presiden ataupun atas nama Setiausaha Agong.”
Beliau berkata demikian susulan peletakan jawatan Datuk Seri Rafizi Ramli sebagai Menteri Ekonomi dan Nik Nazmi Nik Ahmad sebagai Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam.
Terbaharu, pengumuman Senator Tengku Zafrul Aziz keluar UMNO turut merancakkan spekulasi mengenai siapa calon yang akan mengisi portfolio Zafrul – Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI).
Ini kerana Zafrul akan menamatkan tempoh khidmat sebagai Senator dalam bulan Disember.