Dibenar keluar IJN, ini perkembangan terbaharu Sultan Brunei
Jabatan Perdana Menteri (JPM) Brunei memaklumkan Sultan Hassanal Bolkiah dibenarkan keluar dari Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur semalam.
Baginda kini bersemayam di sebuah hotel di Kuala Lumpur selepas menerima rawatan di IJN sejak 27 Mei lalu kerana keletihan.
“Pakar perubatan telah menasihatkan baginda berehat beberapa hari lagi sebelum berangkat balik ke Brunei Darussalam,” menurut hantaran di Instagram JPM Brunei.
Pada 25 Mei lalu, Sultan Brunei tiba di Malaysia untuk menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 dan Sidang Kemuncak Berkaitan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada 26 dan 27 Mei.
Sultan Hassanal Bolkiah, 78, adalah antara individu terkaya di dunia dan berasal daripada keluarga diraja yang telah memerintah Brunei, sejak lebih 600 tahun.
BACA JUGA Heboh MARDI lepaskan ikan asing, Jabatan Perikanan sahkan pelepasan tanpa makluman