Pengampunan Anwar salah? Pengampunan Anwar sah, dari segi undang-undang

Mantan Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali telah menafikan tohmahan mantan perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamed bahawa pengampunan yang diberikan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah satu kekhilafan.

“Walaupun pada masa itu, saya diarahkan bercuti (garden leave), saya telah pun mengemukakan pandangan saya selaku Peguam Negara kepada Lembaga Pengampunan berhubung dengan pengampunan tersebut.

“Saya juga telah menurunkan kuasa (delegate) kepada Peguam Cara 2, untuk mewakili saya, iaitu Datin Paduka Zawyah Bee Loth Khan untuk menghadiri mesyuarat pengampunan tersebut.

“Zawyah merupakan wakil sah saya berdasarkan peruntukan Perlembagaan Persekutuan.

“Justeru itu, dari segi undang-undang, pengampunan Anwar adalah sah!

“Semua dokumen dan butiran mesyuarat pengampunan ini ada di Jabatan Peguam Negara (AGC).

Apandi berkata Anwar perlu mengetahui kebenaran ini.

“Saya pohon jasa baik kepada mana-mana pihak agar perkara ini disampaikan kepada YAB Perdana Menteri, DS Anwar Ibrahim.

“Saya mahu beliau mengetahui kebenaran isu ini. Perdana Menteri boleh mengemukakan saman sivil terhadap Mahathir atas kenyataannya yang tidak benar itu.”

Anwar telah mendapat pengampunan penuh tanpa syarat pada 2018.

Mahathir dalam satu klip video TikTok mendakwa bahawa beliau telah menandatangani surat pengampunan tanpa nasihat Apandi yang mengambil garden leave dan tanpa mesyuarat Lembaga Pengampunan.

BACA JUGA: Bawa beg berantena macam iringi VVIP, aksi Jabatan Amal ini jadi bualan