Siapa Tan Sri yang lesapkan duit lebuhraya ni… Lebuhraya tak siap, rumah ada bilik arak

Siapakah Tan Sri yang melesapkan duit peruntukan lebuhraya tanpa menyiapkan projek tersebut? Lebih memalukan lagi, kediaman Tan Sri tersebut dilengkapi dengan bilik arak di bawah bilik surau.

Semalam Ketua Pesuruhjaya Suruhanjya Pencegahan Rasuah Malaysia Tan Sri Azam Baki berkata seorang tokoh bergelar Tan Sri akan disiasat berhubung RM20 juta dari dana sukuk yang dipercayai telah diselewengkan.

“Saya telah dimaklumkan oleh pegawai penyiasat bahawa lebih RM20 juta mungkin telah digunakan untuk kegiatan perjudian.

“Kami juga menemui 300 botol minuman keras mewah di sebuah bilik simpanan,” katanya lapor New Straits Times.

Minuman keras tersebut bernilai RM3 juta.

“Setakat ini, 45 saksi sudah dirakam percakapan dan kita masih menunggu untuk merakam percakapan Tan Sri yang kini difahamkan sedang dirawat di sebuah hospital swasta,” katanya, lapor Berita Harian.

Dana tersebut adalah untuk pembinaan lebuh raya.

Pasukan penyiasat SPRM turut menemui bilik simpanan arak ketika menjalankan serbuan ke atas kediaman mewah Tan Sri tersebut.

Serbuan tersebut merupakan sebahagian daripada siasatan terhadap tuntutan palsu dan salah guna bom pinjaman untuk pembinaan lebuh raya di Lembah Kelang.

SPRM telah menyita aset dan membekukan akaun bank berjumlah RM85.6 juta dalam siasatannya membabitkan penyalahgunaan dana sukuk untuk projek pembinaan lebuh raya.

Antara aset yang disita adalah 14 akaun peribadi bernilai RM4.5 juta, lapan akaun syarikat bernilai RM33 juta dan kenderaan mewah bernilai RM7.65 juta.

Turut disita ialah beg tangan berjenama bernilai RM3 juta, jam tangan mewah bernilai RM7 juta dan hartanah dengan anggaran nilai RM24.5 juta.

Tan Sri tersebut turut dipercayai terlibat dalam aktiviti perjudian dan pelaburan yang berkemungkinan menjurus kepada aktiviti haram.

BACA JUGA: Boleh pula dia gembira ‘masuk neraka’