Kelantan mahu melombong nadir bumi secara senyap, berbeza dengan Kedah
Umum mengetahui bagaimana Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor kecoh berkenaan perlombongan nadir bumi di negeri Jelapang Padi. Berbeza dengan Kedah, negeri Kelantan mahu melakukannya secara senyap.
Kerajaan negeri Cik Siti Wan Kembang telah menandatangani satu perjanjian awal dengan syarikat perlombongan Australia yang tidak asing – Lynas untuk meneroka keberadaan nadir bumi yang akan diproses di kilang Lynas yang terletak di Pahang.
Menurut laporan South China Morning Post semalam, persetujuan ini digambarkan oleh Lynas sebagai langkah penting untuk membangunkan industry nadir bumi dan menjadikan Kelantan sebagai pengeluar Utama.
Negeri Kelantan dianggarkan mempunyai nadir bumi bernilai RM125 bilion.
Walau bagaimanapun kerajaan negeri tersebut perlu meyakinkan kerajaan pusat memandangkan hutang negeri kepada pusat yang tinggi dan Kota Bharu juga memerlukan bantuan kewangan seperti pinjaman untuk memajukan infrastruktur awam yang kritikal untuk perlombongan tahap besar dan pengangkutan.
Setakat 2023, Kelantan berhutang hamper RM270 juta kepada kerajaan pusat, menurut laporan Ketua Audit Negara dan ia hanya membayar RM10.5 juta pada tahun tersebut.
Dana terkumpulnya pula merosot lebih 40 peratus kepada RM325.5 juta pada 2023 dari RM570.9 juta pada tahun sebelum itu.
Dalam perkembangan berkaitan – empat kerajaan negeri tadbiran Perikatan Nasional – Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu telah menubuhkan SG4 yang mahu meneroka industry perlombongan nadir bumi.
BACA JUGA: REE jadi pendapatan baharu tahun depan, Kedah sedia terima teknologi AS