Peringatan: PKR pernah buka pencalonan kepada orang luar, kalah di Putrajaya

OLEH: Wan Fauzuldin Wan Samad

Banyak hari aku tengok ada di kalangan ahli-ahli PKR yang sering ungkit soal mengapa YB R Ramanan, MP Sg Buloh boleh dicalonkan bertanding pilihanraya, sedangkan dia tokoh baru dalam PKR.

Ada pula yang salahkan Presiden kerana Presiden yang keluarkan watikah calon. Hinggakan YB Ramanan bertanding jawatan Naib pun dipertikaikan atas alasan yang sama.

Sanggup berkata mahu buang kuasa Presiden yang boleh mengizinkan orang yang baru sertai Keadilan boleh bertanding.

Aku terpaksa jelaskan agar dapat mengurangkan kebebalan dari kalangan mereka yang taksub itu.

Lupakah kamu, suatu ketika ada promosi untuk sesiapa sahaja mahu bertanding pilihanraya, isi saja borang.

Tidak kira berapa lama kamu dalam parti, atau tidak berparti atau tidak pegang jawatan dalam parti. Lupa ke?

Lupakah kamu siapa yang membawa calon parlimen di Putrajaya sebelum ini?

Seorang pensyarah wanita kurang upaya yang diperkenalkan dan mengikut data dia boleh menang di kawasan majoriti kakitangan kerajaan tersebut.

Waktu dia diperkenalkan sebagai calon, apa partinya dan jika ada parti pun, berapa lama dia dalam parti?

Mengapa kita lupa semua ini dan hari ini kita mahu tuding jari kepada pihak lain?

Kita buat boleh, orang lain buat tak boleh?

Apa beza calon parlimen Putrajaya tersebut dengan Ramanan?

Bezanya, Ramanan menang dan calon di Putrajaya tewas. Itu saja.

Hendaklah berlaku adil di dalam menghukum.


Wan Fauzuldin Wan Samad ialah ketua cabang PKR Paya Besar.