Permohonan persoalan undang-undang berkaitan kekebalan terhad oleh PM Anwar ditolak mahkamah, kenapa pula?
Mahkamah Tinggi menolak permohonan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk merujuk lapan persoalan undang-undang kepada Mahkamah Persekutuan.
Lapan persoalan tersebut melibatkan sama seorang Perdana Menteri mempunyai kekebalan terhad daripada tindakan saman berhunung dakwaan perilaku peribadi yang berlaku sebelum pelantikam.
Ia merujuk kepada saman sivil yang difailkan oleh bekas penyelidiknya, Muhammaed Yusoff Rawther yang mendakwa Anwar telah melakukan serangan seksual tujuh tahun lalu.
Ini antara bukti bahawa mahkamah di Malaysia bebas dan tidak boleh dikawal oleh sesiapa termasuk Perdana Menteri.
Hakim Roz Mawar Rozain menolak permohonan tersebut setelah mendapati persoalan yang diajukan tidak memenuhi ambang kontroversi yang mewajarkan ia dirujuk kepada Mahkamah Persekutuan.
Anwar meminta mahkamah memutuskan sama ada saman itu akan menjejaskan keupayaannya menjalankan tugas eksekutif dan melemahkan prinsip pengasingan kuasa yang termaktub dalam perlembagaan.
Beliau juga mahu Mahkamah Persekutuan memutuskan sama ada prosiding saman itu akan melanggar hak beliau untuk dilayan sama rata di sisi undang-undang seperti diperuntukkan dalam Perkara 8(1) Perlembagaan, terutamanya kerana beliau mendakwa saman itu adalah satu penyalahgunaan proses mahkamah.
Sehubungan itu, hakim memerintahkan agar perbicaraan diteruskan pada 16 Jun ini seperti yang dijadualkan.
Roz Mawar turut memerintahkan Anwar membayar kos sebanyak RM20,000 kepada Yusoff – yang memulakan tindakan undang-undang tersebut pada 2021.
BACA JUGA: Kes Yusof Rawther lawan Anwar Ibrahim: Ini perkara anda mesti tahu