Apa kedudukan Tengku Zafrul sekarang? Ini jawapan Fahmi

Tiada sebarang isu berkaitan kedudukan Menteri Perdagangan, Pelaburan dan Industri, Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz dalam kerajaan dibangkitkan dalam mesyuarat Kabinet hari ini.

Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil memaklumkan perkara tersebut dalam sidang media di kementeriannya hari ini.

“Tidak berbangkit dalam Kabinet,” kata beliau yang juga Jurucakap Kerajaan Perpaduan.

Fahmi berkata demikian selepas ditanya media sama ada mesyuarat hari ini ada menyentuh tuntutan UMNO yang meminta satu lagi kerusi Kabinet susulan keputusan Tengku Zafrul meletakkan jawatan dan keluar dari UMNO.

Pada 30 Mei lalu, Tengku Zafrul menghantar surat peletakan jawatan sebagai Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Ketua UMNO Bahagian Kota Raja dan ahli UMNO untuk menyertai PKR.

Tengku Zafrul memberitahu beliau sudah mengambil masa yang agak panjang untuk memikirkan keputusan itu secara mendalam memandangkan UMNO adalah satu-satunya parti politik yang pernah disertainya sejak 1997.

BACA JUGA Kes Yusof Rawther lawan Anwar Ibrahim: Ini perkara anda mesti tahu