Pelancong asing ke Malaysia, atasi Thailand, jadikannya juara pelancongan di Asia Tenggara
Malaysia telah menerima 10.1 juta pelancong asing di dalam suku pertama tahun ini, menjadikannya negara paling dilawati di Asia Tenggara dan ini adalah kerana dasar visa yang mudah, lapor Vietnam Express.
Thailand yang sebelum menjuarai pelancongan saban tahun berada di tempat kedua dengan 9.55 juta pelancong manakala Vietnam mendapat 6 juta dan Singapura 4.31 juta, menurut data rasmi.
Baru-baru ini Malaysia telah mengumumkan tambahan pengecualian visa selama lima tahun untuk pelancong China dan mereka mempunyai pilihan untuk menambah lima tahun lagi sehingga 2036, menurut Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.
Kemudahan memasuki Malaysia tanpa visa juga ditawarkan kepada pelancong India sehingga 2026.
Dalam pada itu, Thailand berdepan krisis pelancongan ekoran ancaman keselamatan. Ini berlaku ekoran daripada penculikan pelakon China Xing Xing pada bulan Januari.
BACA JUGA: PERKESO selamatkan RM61 juta daripada penipuan faedah, dedah menteri