Khaled Nordin: Hak dan kepentingan Melayu terlindung
Naib presiden UMNO Datuk Seri Khaled Nordin memberi jaminan kepada masyarakat Melayu bahawa hak dan kepentingan mereka terlindung di bawah Perlembagaan Persekutuan.
“Kepada semua orang Melayu, tiada siapa yang akan mengusik hak dan kepentingan bangsa kita.
“Ia sudah termaktub dan terjamin sekian lama dalam Perlembagaan dan dilindungi oleh raja-raja Melayu yang bijaksana,” katanya, lapor FMT.
Beliau berkata demikian sebagai respon kepada seruan oleh mantan perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad agar orang Melayu bersatu di bawah sebuah gabungan perpaduan Melayu baharu yang akan melindungi masyarakat dari keruntuhan politik dan ekonomi – Sekretariat Orang Melayu
Mahathir mendakwa kumpulan tersebut yang turut diwakili oleh Pas dan Bersatu bukanlah sebuah entity politik tetapi sebuah gabungan yang akan mengembalikan kuasa Melayu di dalam kerajaan.
Khalid juga yakin bahawa generasi muda akan menolak permainan politik Mahathir yang berasaskan emosi.
“Kita perlu berpolitik secara rasional dan bersandarkan kepada nilai terbaik.
“Sentimentalisme tidak akan memenangkan kita dalam persaingan teknologi, tarif, kemajuan ilmu, mahupun perniagaan masa hadapan.”
BACA JUGA: Sekretariat Orang Melayu – apakah ia mempunyai asas untuk ditubuhkan?