Program Langek Melomang Vaganza 2025 Meriah, Kukuhkan Silaturahim Komuniti Hulu Langat
.

FB Liveโฆ ๐rogram ๐angek ๐elomang ๐aganza ๐๐๐๐ anjuran Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Hulu Langat bersama YB Sany Hamzan Ahli Parlimen Hulu Langat di ๐ompleks ๐enghulu ๐ukim ๐atu ๐๐, Hulu Langat Selangor. ๐hb Jun ๐๐๐๐ (Khamis)

Semangat kebersamaan dan warisan tradisi tempatan diraikan dengan penuh meriah melalui Program Langek Melomang Vaganza 2025 yang diadakan di Kompleks Penghulu Mukim Batu 14, Hulu Langat. Program anjuran bersama YB Sany Hamzan, Ahli Parlimen Hulu Langat, berjaya menarik kehadiran ramai penduduk setempat dari pelbagai lapisan masyarakat.

Penyelaras Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Hulu Langat, Hanim Ridzuan dan Razali Abd Aziz, mengadakan sidang media bagi berkongsi matlamat dan impak penganjuran acara yang julung kali diadakan itu.

โProgram ini bukan sekadar menghidupkan tradisi melomang yang semakin dilupakan, tetapi menjadi platform memperkukuh perpaduan masyarakat Hulu Langat,โ kata Hanim Ridzuan dalam kenyataan kepada media.

Tambah beliau, aktiviti memasak lemang secara gotong-royong yang melibatkan penyertaan pelbagai komuniti termasuk belia, wanita, dan warga emas berjaya menyemai semangat kekitaan yang semakin pudar dalam kehidupan moden.

Sementara itu, Razali Abd Aziz pula menjelaskan bahawa program seperti ini adalah sebahagian daripada inisiatif Parlimen Hulu Langat dalam menjadikan kawasan tersebut sebagai contoh komuniti progresif yang mengekalkan akar budaya.

โSelain meriah dan penuh nostalgia, kita mahu setiap program yang dianjurkan memberi kesan positif kepada hubungan sosial rakyat. Inilah semangat Malaysia Madani yang kami bawa,โ katanya.

Beliau turut memaklumkan bahawa Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Hulu Langat akan terus melaksanakan program berbentuk kebudayaan, kebajikan dan pendidikan yang menyasarkan penyertaan menyeluruh penduduk pelbagai kaum dan agama.

Program Langek Melomang Vaganza 2025 turut diserikan dengan pelbagai acara sampingan seperti persembahan kebudayaan, pameran usahawan tempatan, serta pertandingan memasak lemang secara kreatif



