Pertemuan empat mata AS – China 9 Jun
Amerika Syarikat dan China bakal mengadakan pertemuan empat mata di London pada 9 Jun untuk membincangkan hal berkaitan perdagangan, umum Presiden AS, Donald Trump menerusi laman Truth Social.
Menurut Trump, Setiausaha Perbendaharaan Scott Bessent, Setiausah Perdagangan Howard Lutnicl dan Wakil Perdagangan AS Duta Jamieson Green akan mewakili AS dalam pertemuan itu, lapor agensi berita Qatar, QNA.
Pengumuman ini dibuat sehari selepas Trump mengadakan perbincangan dengan Presiden China Xi Jinping menerusi telefon.
Kedua-dua negara sedang mengalami ketegangan dalam hubungan mereka ekoran daripada pelaksanaan tarif dan eksport nadir bumi.
Washington dan Beijing telah pun menandatangani perjanjian 90 hari pada 12 Mei untuk menghentikan sesetengan tariff yang dikenakan ke atas satu sama lain.