Semua masjid di Pahang diminta anjur solat ghaib malam ini – Mufti Pahang
Semua masjid di seluruh Pahang diminta menganjurkan solat jenazah ghaib hari ini untuk 15 penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang terlibat dalam kemalangan bas baru-baru ini.
Mufti Negeri Pahang, Prof. Datuk Dr. Asmadi Mohamed Naim, berkata, solat jenazah ghaib akan diadakan pada malam ini bersekali dengan bacaan yasin dan tahlil.
“Menjunjung Titah Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, Mufti Negeri Pahang mengumumkan bahawa semua masjid di negeri Pahang diminta menganjurkan solat jenazah ghaib mangsa kemalangan bas, dan bacaan yasin dan tahlil pada hari Khamis, 12 Jun, selepas solat maghrib (malam Jumaat),” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Pada masa sama Dr. Asmadi berharap semua dapat mendoakan kesejahteraan dan kesembuhan kepada semua mangsa yang masih dirawat.
“Semoga kita sama-sama mendoakan dalam majlis tersebut kesejahteraan dan kesembuhan kepada mangsa yang masih dirawat, dan mendokan semoga negeri Pahang secara khususnya dijauhkan daripada segala bencana alam dan kemudaratan,” ujarnya.
BACA JUGA Nahas bas UPSI: Pakar perubatan puji surat KP Kesihatan hargai petugas hadapan