Kes Yusoff Rawther: Ini tindakan Jabatan Peguam Negara

Jabatan Peguam Negara (AGC) telah mengesahkan bahawa ia akan membuat rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang telah melepas dan membebaskan Muhammed Yusoff Rawther pada 12 Jun 2025.

Yusoff sebelum ini berdepan tuduhan di bawah seksyen 39B (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan seksyen 36(1) Akta Senjata 1960.

“Setelah memepertimbangkan keputusan Yang Arif Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur tersebut, Jabatan ini telah memfailkan notis rayuan bagi merayu terhadap keputusan pelepasan dan pembebasan tersebut pada hari ini.

“Seksyen 39B(2) akta ini memperuntukkan hukuman mati atau pemenjaraan seumur hidup dan sekiranya tidak dihukum dengan hukuman mati, hendaklah disebat tidak kurang daripada 12 sebatan manakala seksyen 36(1) memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda tidak melebihi RM5,000.

Mahkamah Tinggi telah membebaskan Yusoff kerana pihak pendakwaan tidak dapat membuktikan dua dakwaan melampaui keraguan munasabah.

Dakwaan pertama ialah berkaitan dadah jenis ganja sebanyak 305gram dan yang kedua berkaitan sepucuk senjata tiruan.

Yusoff juga telah memfailkan kes saman sivil terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim atas dakwaan kesalahan seksual.

BACA JUGA: Pernah mengaku penyokong tegar negara pengganas, ini perkembangan isu Yusoff Rawther