Sokongan terhadap Israel adalah pengkhianatan terhadap pendirian Malaysia – #SEKPUR

FOTO BERITA: Sidang Media oleh Sekretariat Gerak Gempur Media Sosial Rakyat #SEKPUR, dan Gabungan NGO berhubung kenyataan akhbar berkaitan laporan report PDRM berkaitan keterlibatan sebagai penyokong Yahudi Israelis di Hotel Ladzana Jalan Putera WTC, Kuala Lumpur. 16hb Jun 2025 (Isnin)

Menurut Sekretariat Gerak Gempur Media Sosial Rakyat #SEKPUR, yang dibacakan dalam sidang media tersebut, gabungan NGO menzahirkan kebimbangan serius terhadap tindakan dan kenyataan Yusof Rawter yang disifatkan sebagai pengkhianatan terhadap perjuangan rakyat Malaysia yang konsisten menolak normalisasi hubungan dengan Israel dan menyokong penuh perjuangan rakyat Palestin. Hadir sama dalam Sidang media Pengerusi, Mustafa Mansor, Timbalan, Shahbudin Embun, Setiausaha Agong, Mejar (B) Razali Zakaria, Mantan ADUN Meru, Fakhrulrazi Mohd Mokhtar dan Abdul Rani Kulup Abdullah Presiden Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM)

“Malaysia tidak pernah menjalin hubungan diplomatik dengan Israel. Maka tindakan menyatakan sokongan atau berdampingan dengan entiti Zionis adalah perbuatan biadab, tidak beretika, dan bertentangan dengan pendirian negara,” tegas Mustafa Mansor dalam sidang media itu.

Selain itu, pihak #SEKPUR dan NGO turut mendedahkan laporan polis susulan telah dibuat terhadap beberapa individu lain yang didapati meninggalkan komen berbaur penghinaan dan kebencian terhadap Perdana Menteri (PMX) serta PDRM, berkait dengan kes siasatan terhadap Yusof Rawter.

Gabungan NGO menyeru pihak PDRM agar menyegerakan siasatan terhadap Yusof Rawter, termasuk penglibatannya dalam sebarang bentuk kerjasama dengan entiti berkaitan Israel. Mengambil tindakan undang-undang tegas terhadap mana-mana individu yang menghina PMX atau institusi PDRM dengan kata-kata jelek yang bersifat fitnah dan hasutan dan memantau dan menyekat segala usaha halus pihak tertentu yang cuba membuka jalan kepada agenda normalisasi dengan Israel secara tidak langsung melalui individu atau NGO tempatan.

Sidang media turut disertai oleh wakil-wakil NGO pro-Palestin, aktivis media sosial serta peguam pemerhati, yang bersama-sama menyokong gesaan agar tindakan keras diambil terhadap mana-mana pihak yang melanggar dasar luar negara berhubung penolakan terhadap Israel.
