Pelaburan Shell dijangka bertambah lebih RM9 bilion, ini manfaat kepada rakyat Malaysia
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan Shell bakal menambah pelaburan melebihi RM9 bilion dalam tempoh dua hingga tiga tahun akan datang.
Beliau berkata, komitmen pelaburan tambahan itu sekali gus mencipta peluang pekerjaan berkemahiran tinggi untuk rakyat negara ini.
“Keputusan ini, yang memperkukuh kedudukan Malaysia sebagai hab tenaga serantau, mencerminkan keyakinan berterusan pelabur antarabangsa terhadap dasar ekonomi negara yang mampan serta hala tuju kerajaan MADANI yang jelas,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Menteri Kewangan itu berkata demikian selepas menerima kunjungan Ketua Pegawai Eksekutif Global Shell, Wael Sawan bersama delegasi di Bangunan Parlimen semalam.
Mengulas pertemuan itu, Anwar berkata, Wael Sawan turut menyuarakan keyakinan terhadap arah tuju negara.
“Pelaburan ini adalah manifestasi keyakinan pelabur antarabangsa terhadap dasar ekonomi kita yang teguh dan kepimpinan jelas.
“Insya-Allah, Malaysia mampu terus melakar masa depan makmur dan berdaya saing,” kata Anwar lagi.
BACA JUGA ‘Penghakisan kuasa Melayu’ rupanya antara isu dikongsi Tun M dengan Pemuda Pas