Ajaran sesat: Hari penentuan untuk SIS dan fatwa Selangor

Hari ini kumpulan hak asasi wanita, Sisters in Islam ,akan mengetahui sama ada tindakan Majlis Agama Islam Selangor yang memutuskan bahawa SIS kumpulan ajaran sesat atau tidak.

Kumpulan tersebut telah mencabar keputusan tersebut di mahkamah sejak fatwa tersebut dibuat sedekad yang lalu.

Hari ini panel hakim Mahkamah Persekutuan akan mengumumkan keputusan sama ada fatwa tersebut adalah sah atau tidak.

Pada 31 Julai 2014, kerajaan Selangor mewartakan fatwa yang memutuskan bahawa SIS dan mana – mana kumpulan yang berpegang kepada liberalism dan kepelbagaian agama sebagai sesat daripada ajaran Islam.

Fatwa tersebut mengharamkan sebarang penerbitan yang mengandungi elemen liberalism dan kepelbagaian agama.

MCMC juga menyekat laman sosial yang bertentangan dengan ajaran Islam.

Individu yang berpegang kepada prinsip tersebut diminta bertaubat dan kembali kepada ajaran Islam.

SIS telah memfailkan semakan kehakiman di mahkamah sivil untuk mencabar keperlembagaan dan kesahihan perundangan fatwa tersebut.

Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan telah membuat keputusan memihak kepada pihak berkuasa agama.

Kumpulan tersebut juga mahu mahkamah mengisytiharkan bahawa fatwa tidak boleh diaplikasikan ke atas SIS yang berdaftar sebagai syarikat kerana pihak berkuasa hanya mempunyai bidang kuasa ke atas individu beragama Islam.

Ia juga mahu Mahkamah Persekutuan membatalkan fatwa tersebut.

Keputusan Mahkamah Persekutuan hari ini akan menjadi dahuluan kepada soalan sama ada pihak berkuasa agama mempunyai bidang kuasa ke atas syarikat.

BACA JUGA: Akhlak Islam atau politik dalaman Pas yang resah: Lawatan Dr Dzul