NGO Desak Polis Siasat Dakwaan Yusoff Rawther Proksi Mossad

FOTO BERITA: Sidang Media & Laporan Polis oleh Dzul Hilmi Zainol dan NGO terhadap Yusoff Rawther terkait penglibatan kumpulan pengganas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi Kuala Lumpur. 18hb Jun 2025 (Rabu)

Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) hari ini tampil membuat laporan polis terhadap Muhammad Yusoff Rawther, mendesak siasatan segera dijalankan berhubung dakwaan bahawa beliau mungkin merupakan proksi atau ejen kepada agensi perisikan Israel, Mossad.

Gesaan itu dibuat susulan pendedahan kenyataan kontroversi Yusoff pada tahun 2017 yang menyokong kewujudan negara Israel serta menolak tuntutan negara-negara Arab ke atas Baitulmaqdis. Kenyataan tersebut dilaporkan masih boleh diakses melalui portal berita antarabangsa Israel.

Ahli Sekretariat Nadi Gemilang Amal, Dzul Hilmi Zainol, ketika ditemui di luar Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi berkata, kenyataan Yusoff menimbulkan kebimbangan serius terhadap kemungkinan wujudnya campur tangan asing dalam isu-isu sensitif negara.

“Kami hadir untuk membuat laporan polis dan mendesak siasatan terhadap Yusoff Rawther. Adakah beliau sebenarnya ejen Mossad yang menyusup ke dalam masyarakat Malaysia dengan membawa agenda asing?” katanya.

Menurut Dzul Hilmi, tindakan Yusoff bukan sahaja mencetuskan provokasi, malah membayangkan kewujudan rangkaian dalam negara yang berpotensi bersimpati terhadap rejim Zionis.“ Negara Israel tidak pernah diiktiraf oleh Malaysia, malah ditolak