Bil lebih jimat mulai Julai? Ini 8 perkara anda perlu tahu tentang tarif elektrik baharu

Suruhanjaya Tenaga (ST) hari ini mengumumkan pelaksanaan jadual tarif elektrik baharu yang akan memberi manfaat kepada lebih 23.6 juta pengguna domestik di Semenanjung Malaysia bermula 1 Julai 2025 hingga 31 Disember 2027.

Pelaksanaan tarif ini dibuat di bawah kerangka Kawal Selia Berasaskan Insentif (IBR) selaras dengan Seksyen 26, Akta Bekalan Elektrik 1990.

Apa yang rakyat perlu tahu:

1. Penurunan Purata Tarif

Purata kadar asas baharu: 45.40 sen/kWj. Turun berbanding kadar terdahulu iaitu 45.62 sen/kWj

Penurunan purata kos keseluruhan tarif: Sehingga 19% berbanding Tempoh Regulatori Ketiga (RP3)

2. Kategori Pengguna Baharu

Kini dibahagikan kepada dua kumpulan besar:

Domestik

Bukan domestik

Klasifikasi berdasarkan penggunaan voltan rendah, sederhana, dan tinggi

3. Insentif Cekap Tenaga

23.6 juta pengguna domestik digalakkan guna elektrik secara berhemat.

Pengguna domestik guna 1,000 kWj ke bawah TIDAK TERKESAN

Pengguna bukan domestik voltan rendah guna 200 kWj ke bawah juga dapat manfaat

4. Skim Masa Penggunaan (TOU) diperluas

Tempoh luar puncak kini lebih panjang:

Sabtu dan Ahad: Sepanjang hari

Isnin – Jumaat: 10 malam hingga 2 petang

Guna elektrik di luar waktu puncak = Bil lebih rendah

5. Langkah Lindungi Golongan Tertentu

Kerajaan bersetuju untuk:

Kekalkan tarif khas untuk sektor pertanian, air & pembetungan serta operator rel

Rebat 10% kepada IPT, sekolah, rumah kebajikan & rumah ibadat

Teruskan Rebat Bil Elektrik RM40 kepada Ketua Isi Rumah miskin tegar (berdaftar e-Kasih)

6. Format Bil Baharu

Semua pengguna akan terima bil elektrik baharu yang lebih terperinci mulai Julai 2025

7. Penggantian Mekanisme Kos Bahan Api

Mekanisme baharu: Automatic Fuel Adjustment (AFA)

Gantikan Imbalance Cost Pass-Through (ICPT)

AFA laras harga secara automatik ikut harga bahan api dan kadar tukaran asing

Maklumat dikemaskini setiap bulan di laman web ST

8. Semak Kelayakan & Info Tarif

Jadual tarif penuh:
📅 Paparan bermula 21 Jun 2025, jam 12 tengah hari
🌐 https://www.mytnb.com.my/tariff

Kalkulator tarif (anggaran bil elektrik bulanan):
📅 Boleh digunakan bermula Isnin, 23 Jun 2025
🌐 https://www.mytnb.com.my/tariff

Semakan kelayakan rebat RM40:
🌐 https://semakanrebat.petra.gov.my/apps/public/index.php