Kedutaan AS Tolak Terima Memorandum Bantahan Secara Langsung dalam Himpunan Solidariti Iran

FOTO BERITA: Himpunan Solidariti Mengecam Pencerobohan Israel ke dalam Wilayah Republik Islam Iran di hadapan Kedutaan Amerika Jalan Tun Razak Kuala Lumpur. 20hb Jun 2025 (Jumaat)

Wakil Kedutaan Amerika Syarikat enggan menerima secara langsung memorandum bantahan yang diserahkan oleh peserta Himpunan Solidariti Mengecam Pencerobohan Israel ke dalam Wilayah Republik Islam Iran yang berlangsung di hadapan bangunan kedutaan di Jalan Tun Razak, hari ini.

Sebaliknya, pihak kedutaan meminta agar memorandum tersebut dimasukkan ke dalam peti surat diplomatik yang disediakan di hadapan bangunan kedutaan, tanpa sebarang wakil rasmi tampil untuk menerima penyerahan atau memberikan maklum balas.

Presiden MAPIM, Mohd Azmi Abdul Hamid, yang mengetuai penyerahan memorandum, menyatakan kekesalan terhadap sikap Kedutaan Amerika yang terus berdiam diri dan tidak menghormati semangat demokrasi serta kebebasan suara rakyat Malaysia.

“Tindakan tidak menerima memorandum ini menunjukkan sikap angkuh dan tidak peduli terhadap suara masyarakat antarabangsa yang menolak perang dan kezaliman,” katanya.

Ratusan rakyat Malaysia berhimpun secara aman selepas solat Jumaat hari ini bagi menyatakan bantahan keras terhadap tindakan rejim Zionis Israel menyerang Palestin dan Iran, serta campur tangan berterusan Amerika Syarikat dalam konflik Asia Barat.

Perarakan anjuran Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) itu bermula sejurus selesai solat Jumaat di Masjid Tabung Haji, dengan para peserta berkumpul di perkarangan bangunan Lembaga Tabung Haji sebelum bergerak beramai-ramai menuju ke Kedutaan Amerika Syarikat yang terletak kira-kira satu kilometer dari lokasi awal.

Himpunan itu bertujuan menyatakan solidariti terhadap rakyat Palestin dan Iran, sambil mendesak Amerika Syarikat menghentikan segala bentuk campur tangan ketenteraan dan politik yang mencetuskan ketegangan serantau serta memperluas krisis kemanusiaan.

Antara tokoh yang hadir dan berucap dalam himpunan tersebut termasuk Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, merangkap Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH), YB Mohamad Sabu.

“Ini bukan lagi soal agama atau ideologi politik, ini adalah soal kemanusiaan dan kezaliman rejim Zionis. Kita perlu menolak hipokrasi kuasa besar seperti Amerika yang menyokong pencerobohan dan kehancuran negara-negara Islam,” tegas Mohamad dalam ucapannya.

“Peluru berpandu pertama ke arah Israel datang dari Baghdad, maka Saddam Hussein dan Iraq dihancurkan. Itulah hakikat penjajahan moden hari ini,” tambah beliau lagi.

Sementara itu ratusan rakyat Malaysia berhimpun secara aman selepas solat Jumaat hari ini bagi menyatakan bantahan keras terhadap tindakan rejim Zionis Israel menyerang Palestin dan Iran, serta campur tangan berterusan Amerika Syarikat dalam konflik Asia Barat.

Perarakan anjuran Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) itu bermula sejurus selesai solat Jumaat di Masjid Tabung Haji, dengan para peserta berkumpul di perkarangan bangunan Lembaga Tabung Haji sebelum bergerak beramai-ramai menuju ke Kedutaan Amerika Syarikat yang terletak kira-kira satu kilometer dari lokasi awal.

Himpunan itu bertujuan menyatakan solidariti terhadap rakyat Palestin dan Iran, sambil mendesak Amerika Syarikat menghentikan segala bentuk campur tangan ketenteraan dan politik yang mencetuskan ketegangan serantau serta memperluas krisis kemanusiaan.

MAPIM dalam kenyataan selepas penyerahan menyatakan bahawa himpunan ini adalah permulaan kepada gelombang solidariti rakyat Malaysia menentang penjajahan dan kezaliman Israel, serta menyeru masyarakat antarabangsa untuk menamatkan pengaruh kuasa besar yang mencetuskan peperangan

Satu memorandum kutukan dan bantahan keras telah diserahkan hari ini kepada Duta Besar Amerika Syarikat ke Malaysia, Yang Berhormat Edgard D. Kagan, oleh gabungan Ahli Parlimen Malaysia, wakil parti politik, tokoh ulama, pertubuhan masyarakat sivil serta badan bukan kerajaan (NGO) dalam satu tindakan tegas membantah persekongkolan bekas Presiden Donald J. Trump dalam siri serangan rejim Zionis Israel ke atas Republik Islam Iran.

Memorandum yang bertarikh 20 Jun itu mengandungi kecaman keras terhadap bekas Presiden Trump atas keterlibatan politik dan moralnya dalam memperkasakan Israel melalui dasar-dasar seperti pengiktirafan Baitulmaqdis sebagai ibu kota Israel dan tekanan ke arah normalisasi hubungan negara-negara Arab dengan Israel menerusi Perjanjian Abraham.

“Sokongan tidak berbelah bahagi Trump semasa pemerintahannya kepada rejim Zionis telah menyumbang secara langsung kepada lonjakan ketenteraan Israel dan peningkatan konflik serantau, termasuk serangan keganasan negara ke atas Iran dan perang genosid yang berterusan di Gaza,” menurut kenyataan dalam memorandum itu.

Dalam memorandum tersebut, pihak penganjur menyuarakan lima tuntutan utama kepada kerajaan Amerika Syarikat iaitu mengutuk tindakan agresif Israel dan menjarakkan diri daripada sebarang hasutan perang oleh Donald Trump, menghentikan kerjasama ketenteraan dan perisikan dengan Israel, mematuhi sepenuhnya undang-undang antarabangsa berkaitan kedaulatan dan larangan hukuman kolektif, memikul tanggungjawab atas sokongan kepada dasar apartheid dan penjajahan Palestin dan menyokong desakan global bagi menghentikan permusuhan terhadap Iran dan Gaza serta membawa pelaku jenayah perang ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC).

Gabungan tersebut turut mengeluarkan amaran keras bahawa sekiranya Amerika Syarikat terus bersubahat dalam pencerobohan Zionis, negara itu harus dipertanggungjawabkan atas sebarang bencana kemanusiaan atau konflik bersenjata yang mungkin tercetus.

“Kami di Malaysia dan seluruh Global Selatan menolak keangkuhan empayar dan piawaian berganda Amerika Syarikat. Kami berdiri teguh bersama rakyat tertindas – di Gaza, Iran dan di mana-mana sahaja,” tegas kenyataan itu.

Majlis penyerahan memorandum diadakan secara aman di perkarangan Kedutaan Amerika Syarikat di Jalan Tun Razak, disertai pimpinan pelbagai latar politik, agama dan kemasyarakatan.





















