Nurul Izzah dilantik jadi pengarah pilihan raya bersama Saifuddin

Mesyuarat Biro Politik dan Majlis Pimpinan Pusat (MPP) bersetuju melantik Nurul Izzah Anwar dan Datuk Seri Saifuddin Nasution sebagai Pengarah Pilihanraya.

Mesyuarat hari ini turut memutuskan beberapa pelantikan lain, termasuklah melantik Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil sebagai Ketua Penerangan.

Berikut adalah senarai pelantikan;

Setiausaha Agung: Datuk Dr. Fuziah Salleh

Bendahari Agung: William Leong

Pengarah Pilihanraya Bersama: Nurul Izzah dan Saifuddin Nasution (turut dilantik Ahli Biro Politik)

Ketua Penerangan: Datuk Fahmi Fadzil

Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Sabah: Datuk Mustapha Sakmud

Dalam satu kenyataan dikeluarkan Fahmi, beliau memaklumkan bahawa mesyuarat turut membincangkan isu-isu semasa termasuk perihal geopolitik dan ekonomi global, serta tahap persiapan jentera parti bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri Sabah.

BACA JUGA MB, Speaker Perlis kalah pemilihan Pas kawasan Arau