400 terkorban, 3,000 cedera di Iran, ini dia perkembangan terbaharu dari sana
Lebih 400 rakyat Iran terkorban dan sekurang-kurangnya 3,000 cedera dalam tempoh sembilan hari sejak Israel melancarkan serangan ke atas Iran.
Menteri Luar Iran Abbas Aragchi menyatakan bahawa “keadaan akan menjadi sangat merbahaya untuk semua pihak” sekiranya Amerika menyertai Israel dalam serangannya.
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump pula memarahi pengarah perisikan kebangsaannya Tulsi Gabbard kerana Gabbard terkhilaf dengan menyatakan tiada bukti bahawa Iran sedang menghasilkan senjata nuklear.
Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) memberikan amaran bahawa “pencemaran bahan kimia dan radiologi akan berlaku di dalam pusat nuklear Natanz ekoran serangan Israel namun tiada kesan radioaktiviti setakat ini.
Dalam pada itu, ketua Kor Pengawal Revolusi Islam- Pasukan Quds – kor Palestine Saeed Izadi terkorban terkorban alam serangan udara di Qom.
Saeed merupakan salah seorang arkitek serangan 7 Oktober 2023 oleh Hamas.
Beliau juga memimpin Hamas di Lebanon.
Dalam perkembangan berkaitan The New York Times melaporkan bahawa Ayatollah Ali Khamenei telah menamakan tiga orang ulama sebagai calon pemimpin lapisan kedua yang akan mengambil alih kepimpinan Iran ekiranya beliau terkorban dalam konflik yang sedang berrlaku.
Amerika mahu Iran hanya terlibat dalam program nuklear awam tanpa uranium.
Salah satu usaha yang sedang dipertimbangkan termasuklah usaha Oman untuk mewujudkan consortium serantau di Bawah penyeliaan Amerika dan IAEA.