Konflik Iran-Israel: Amerika ditekan Israel

Israel meneruskan tekanan agar Amerika mengebom tapak nuklear Fordo di Iran meskipun Presiden Donald Trump telah memberikan tempoh dua minggu kepada Tehran.

Tempoh tersebut telah diberikan oleh Trump supaya Iran menghentikan usaha pengayaan uranium yang dibimbangi akan digunakan untuk menghasilkan bom nuklear.

Perkara ini telah ditegaskan dalam satu mesyuarat melalui panggilan telefon di antara Tel Aviv dan Washington DC.

Delegasi Israel di dalam mesyuarat tersebut terdiri daripada Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu, Menteri Pertahanan Israel Katz dan ketua pasukan tentera Eyal Zamir, lapor Reuters.

Fordo merupakan tapak nuklear dengan kubu pertahanan bawah tanah. Ia merupakan tapak kedua terbesar di Iran selepas Natanz.

Hanya Amerika mempunyai keupayaan bom untuk memusnahkan kubu bawah tanah.

Naib Presiden JD Vance bagaimanapun menegaskan bahawa Amerika tidak boleh terlibat secara langsung.

Sebelum ini Trump pernah menyatakan bahawa rejim Tel Aviv tidak mempunyai keupayaan bom yang diperlukan untuk memusnahkan Fordo.

Netanyahu pula belum lagi menolak kemungkinan melancarkan operasi ketenteraan solo.