Akhirnya Kedah Agro ‘diselamatkan’ oleh…
Kedah Agro Holdings Berhad yang sebelum ini terbelenggu dengan masalah tunggakan gaji pekerja sejak Sept 2023 nampaknya sudah diselesaikan dengan menggabungkannya dengan sebuah syarikat swasta.
Syarikat Ausin18 Sdn Bhd dan penggabungan syarikat ini dengan Kedah Ago menghasilkan Kedah Agro Ausin Berhad.
Ausin18 Sdn Bhd ialah sebahagian daripada Kumpulan Ausin.
Pengerusi Kedah Agro Ausin Berhad ialah Datuk Seri Ooi Boon Seang. Ooi juga ialah pengerusi kumpulan Ausin.
Ausin ialah sebuah syarikat perikanan marin berpusat antarabangsa yang berpusat di Kuala Kedah.
Ia juga mempunyai aktiviti perniagaan di Thailand, China dan Singapura.
Kumpulan ini berhasrat membangunkan zon ekonomi perikanan marin sehenti di Malaysia.
Pada tahun lalu timbul dakwaan bahawa Perbadanan Menteri Besar (MBI) mengambil pendapatan KAHB.
Selain itu ada juga ura-ura pengurusan tertinggi dilantik dalam lingkungan kenalan Menteri Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor.
BACA JUGA: Individu dedah apa MB Kedah buat pada Kedah Agro, Sanusi balas “see you in court”