Berita baik untuk para petani dan pemain industri sektor agromakanan
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu telah mengumumkan peningkatan insentif dan inisiatif pemodenan pertanian untuk para petani dan pemain industri sektor agromakanan.
“Kerajaan telah bersetuju dengan pelarasan kadar insentif pembajakan daripada RM100 per hektar per musim kepada RM160 per hektar per musim,” katanya dalam satu kenyataan media.
“Manakala insentif baharu untuk penuaian akan diberikan pada kadar RM50 per hektar per musim kepada pesawah.
“Pihak kerajaan akan memastikan pembayaran insentif ini selesai sepenuhnya sebelum 31 Julai 2025.”
Selain itu strategi peningkatan kadar sara diri daging lembu/kerbau telah dibincangkan dan kerajaan menyambut baik pembangunan Malaysian Food Composition Database (MyFCD) sebagai komponen strategik Dasar Keterjaminan Makanan Negara.
Selaras dengan strategi mengurangkan kebergantungan import jagung bijian, pindaan akan dibuat terhadap Akta Perlindungan Varieti Baru Tumbuhan 2004.
Sukatan baharu Remote Pilot Certificate of Competency – Agriculture Light (RCoC-AL) menerusi kerjasama kementerian dengan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam (CAAM).
Sijil ini adalah untuk pengendali dron dalam sektor pertanian.
BACA JUGA: Doktor sanggup periksa mata, jantung Syed Saddiq secara percuma demi Bella