5 hari syarat notis berhimpun adalah tidak berperlembagaan: Mahkamah Persekutuan

Mahkamah Persekutuan hari ini mengisytiharkan Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman 2012 sebagai tidak berperlembagaan. Dengan ini penganjur perhimpunan tidak perlu memberi notis lima hari kepada pihak berkuasa.

Ketua Hakim Negara Tunku Maimun Tuan Mat yang berkhimat pada hari terakhir beliau mengetuai panel lima hakim dalam memberikan keputusan sebulat suara kepada permohonan bekas setiausaha agung Muda, Amir Hariri Abdul Hadi.

“Mahkamah Persekutuan, yang dipengerusikan oleh Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun dalam persidangan terakhir, baru saja membatalkan Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman yang menjenayahkan kegagalan untuk memberi notis untuk perhimpunan aman,” kata peguam New Sin Yew dalam catatan di X.

Menurut FMT, Tengku Maimun berkata seksyen 9(5) memberikan hukuman yang melampaui batas yang dibenarkan di bawah Perkara 10(1)(b) Perlembagaan Persekutuan yang menjamin kebebasan bersuara, berhimpun dan berpersatuan.

Seksyen tersebut juga lebih melarang berbanding mengekang hak yang dijamin, kata Tengku Maimun.

Amir telah didakwa kerana gagal memberi notis kepada pihak berkuasa untuk protes terhadap skandal LCS pada 2022.

BACA JUGA: Sekumpulan ‘pemuda’ pegang plakad dikecam, padahal gambar AI