Paip sementara salur bekalan gas di Putra Heights beroperasi hari ini

Paip sementara untuk menyalurkan semula bekalan gas (gas-in) bagi membolehkan pengguna di Putra Heights mendapat semula bekalan stabil mula beroperasi pada hari ini, umum Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Malaysia.

“Paip sementara akan mula menyalurkan semula bekalan gas (gas-in) pada 1 Julai 2025 bagi membolehkan pengguna mendapatkan semula bekalan yang stabil,” kata jabatan tersebut dalam satu kenyataan.

Pemasangan paip 210 meter ini merupakan kerja pembaikan dan pemulihan talian paip yang bocor pada 1 April lalu.

Pada 1 April lalu letupan dan kebakaran berlaku kerana letupan paip gas.

Selain paip, kerja penambahbaikan dan penstabilan tanah turut dijalankan di dalam kerja pembaikan dan baik pulih talian paip gas di fasa 1 Putra Heights.

“Penambahbaikan dan penstabilan tanah dijalankan di lokasi menggunakan struktur asas jambatan (bridge foundation support) bersaiz kira-kira 8 meter x 100 meter bagi memberikan sokongan lebih kukuh pada paip.

“Ujian keselamatan seperti Ujian Tanpa Musnah (NonDestructive Test – NDT) pada sambungan kimpalan dan ujian tekanan selama 24 jam telah dilaksanakan, dengan keputusan disahkan oleh JKKP dan pihak ketiga yang berkecuali menunjukkan tiada kebocoran atau penurunan tekanan.

Fasa 2 akan menyaksikan penggantian tiga talian paip gas baharu yang masing-masing adalah 200m panjang. Fasa ini akan mula beroperasi pada suku ketiga tahun hadapan.

“Struktur papak konkrit (concrete slab) akan dipasang untuk menempatkan paip baharu dengan lebih selamat dan tahan lama,” kata JKKP.

JKKP turut menyatakan bahawa semua kerja ini dijalankan dengan mengambil langkah keselamatan, termasuk untuk kawasan sekitar.