24 Sept – hari penentuan untuk Papagomo, ada dua kes hasutan pula tu..
Mahkamah Sesyen telah memutuskan untuk memberikan keputusan dalam kes hasutan Papagomo terhadap Yang di-Pertuan Agong pada 24 Sept.
Tarikh tersebut ditetapkan selepas pihak pendakwa raya selesai membentangkan kes. Seramai tujuh saksi memberi keterangan.
Papagomo atau nama sebenarnya Wan Azri Wan Deris dituduh membuat kenyataan menghasut menerusi akaun X pada 29 April.
Jika disabitkan kesalahan, Papagomo berdepan denda RM5000 dan tiga tahun penjara.
Aktivis PN itu juga mempunyai satu lagi kes hasutan yang akan diputuskan pada 9 Julai.
Dalam kes ini pula, Papagomo berdepan tuduhan membuat kenyataan video dalam Facebook bahawa kerajaan pro – Israel dan pro-negara Barat.
Malaysia merupakan antara negara yang tidak mengiktiraf Israel.
BACA JUGA: Biar ‘betik’ Fadhli, SST caj parkir ni sejak 2018 lah