Dahlah fitnah PMX, Hun Sen juga kena sekali
Pengarah Jabatan Kajian dan Polisi, Lajnah Penerangan Pas Pusat Nurul Islam Mohamed Yusoff bukan sahaja memfitnah Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim malah turut memfitnah presiden Senat Cambodia, Hun Sen.
Nurul Islam memfitnah bahawa Perdana Menteri Thailand Paetongtarn Shinawatra ialah mangsa Anwar di dalam tajuknya, “Perdana Menteri Thailand Mangsa Terbaru Anwar Ibrahim??”
Dalam hantaran Facebook awal, Nurul Islam mendakwa Hun Sen ialah ketua junta Myanmar sebelum menukarnya kepada Cambodia.
Baru-baru ini rakaman perbualan Shinawatra dan Hun Sen telah bocor dan menunjukkan Shinawatra bukan sahaja tidak mengikut protokol malah turut sama menegur tentera Thailand.
Pemimpin Pas tersebut mendakwa bahawa Indonesia memegang telur Anwar kerana mahu meneroka minyak dan gas secara Bersama di Ambalat.
Anwar pernah menandatangani Triti Sulawesi sebelum ini dalam usaha menyelesaikan pertikaian wilayah sempadan di antara Malaysia dan Singapura pada tahun lalu.
“Eh apahal nak majukan bersama. Ada minyak dan gas bernilai USD54 billion kot kat sana. Dah lah kita pernah menang tuntutan Pulau Sipadan dan Libaran sebelum ni.
“Ambalat ni lebih dekat dengan Malaysia dari Indonesia. Ke ada benda yang Indonesia tahu? Bak kata orang kampung aku, kena pegang tel0.”
Nurul Islam menggunakan isu ini untuk menggalakkan rakyat menghadiri himpunan Turun Anwar hujung bulan ini.
BACA JUGA: ‘Terima tawaran gencatan senjata 60 hari ini atau keadaan akan jadi lebih buruk’