DAP serang Pas? Yang nampak Pas yang banyak bayar saman kepada DAP
Mantan Adun Titi Serong Hasnul Zulkarnain mencabar naib presiden Pas Datuk Nik Amar untuk menunjukkan buktikan Pas diserang oleh DAP sejak tiga empat lalu di luar siding Parlimen.
Ini kerana Hasnul mendapati Pas telah banyak kali kalah dengan memfitnah DAP.
“Tolong share kenyataan pimpinan DAP yg menyerang Pas 3-4 tahun kebelakangan ini selain drp perang mulut dalam sidang Parlimen.
“Apa yang jelas, Pas yg banyak kali kalah tertonggeng dgn DAP kesan daripada fitnah jahat.”
Nik Amar yang dijangka bertanding untuk kerusi nombor dua partinya itu dinasihat agar tidak menggunakan DAP sebagai bahan kempen.
“Datuk nak bertanding Timb Presiden Pas, jangan gunakan isu DAP sebagai bahan kempen. Gentleman la..”
Hasnul berkata demikian sebagai respon kepada Nik Amar yang mendakwa serangan politik paling konsisten terhadap Pas adalah daripada DAP.
“Mereka cuba membentuk persepsi bahawa Pas tidak mesra masyarakat bukan Islam, khususnya masyarakat Cina.”
Nik Amar mendakwa DAP menggambarkan Pas sebagai eksklusif, extrem dan menakutkan.
Nik Amar membanfingkan gambaran DAP terhadap Pas ketika bersama dalam dalam gabungan politik berlainan.
BACA JUGA: Biar ‘betik’ Fadhli, SST caj parkir ni sejak 2018 lah