MIMF 2025 bakal himpun 450 syarikat global di MITEC Julai

FOTO BERITA: Sidang Media sempena Ekspo Antarabangsa Mesin dan Peralatan (MIMF) Kali Ke-36 anjuran bersama DPUM, PROMAS & MACITA di Malaysia International Trade & Exhibition Centre (MITEC) Kuala Lumpur. 2hb Julai 2025 (Rabu)

Pameran tahunan yang telah diasaskan sejak tahun 1989 ini akan menampilkan lebih daripada 700 gerai pameran dengan penyertaan 450 syarikat tempatan dan antarabangsa, termasuk dari China, Hong Kong, Taiwan, Jepun, Korea Selatan, India, Jerman, Itali dan pelbagai negara ASEAN.

Penganjuran MIMF 2025 selari dengan kemunculan era Industri 5.0 — satu fasa baharu revolusi industri yang menekankan gabungan kecerdasan buatan (AI), automasi, dan kerjasama manusia bagi meningkatkan produktiviti dan kelestarian.

MIMF bukan lagi sekadar pameran perdagangan biasa. Ia kini menjadi platform strategik untuk memperkasa daya saing industri, khususnya dalam kalangan perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

Pameran MIMF 2025 akan memberi tumpuan kepada enam sektor utama iaitu:
plastik & acuan, pemprosesan makanan, peralatan bakeri, pembungkusan, teknologi pintar dan paparan LED.

.Tiga zon pameran utama bakal menjadi tumpuan iaitu Zon Plastik & Acuan (Mould&PLAS). Zon ini menampilkan teknologi terkini dalam mesin cetakan suntikan, mesin tiupan, acuan dan automasi pintar. CMEC International Exhibition Co., Ltd. dari China akan mengetuai delegasi terbesar mereka setakat ini bukti kerjasama erat antara industri plastik China dan ASEAN.

Kedua, Zon Pemprosesan Makanan, Pembungkusan & Peralatan Bakeri- Dengan kerjasama Persekutuan Pembungkusan China, zon ini akan mempamerkan mesin pemprosesan makanan, sistem pengisian dan pengedapan, serta teknologi pembungkusan pintar dan barisan pembakaran automatik yang dapat membantu industri makanan tempatan meningkatkan kecekapan dan pematuhan piawaian global.

Ketiga, Zon Teknologi Pintar & Paparan LED- Menampilkan inovasi dalam automasi industri, AI, robotik, teknologi dron, sistem kesihatan pintar, visual industri dan penyelesaian pencahayaan LED. Penekanan utama adalah kepada penghasilan ekosistem pengeluaran pintar yang bersepadu dari awal hingga akhir.

Melalui platform MIMF 2025, kami ingin mempercepatkan transformasi digital dan teknologi sektor pembuatan negara serta memperkukuh kerjasama perdagangan antara Malaysia dan pasaran luar seperti China dan ASEAN.

MIMF 2025 dijangka menjadi pemangkin kepada pertumbuhan PKS serta meletakkan Malaysia sebagai peneraju produk industri berjenama di Asia. Pihak penganjur turut menyeru penyertaan aktif daripada usahawan, persatuan industri serta rakan strategik di seluruh negara. Untuk maklumat lanjut dan pendaftaran, sila layari laman web rasmi MIMF atau hadir ke MITEC pada tarikh pameran