MINDA 2025 & Forum ABCD: Era baharu Kecemerlangan Korporat Asean

.FOTO BERITA: Gabungan Persatuan-persatuan Perniagaan Malaysia (FMBA) dengan bangganya mengumumkan pelancaran rasmi Malaysia Industry Awards 2025 (MINDA) dan Forum ASEAN Business Community Development (ABCD) dalam majlis Hi-Tea: Penghargaan Media yang berlangsung di Roti By d’Tandoor, Kuala Lumpur, hari ini. Acara berprestij ini bakal diadakan pada 7 Ogos 2025 bertempat di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).

Seiring peranan Malaysia selaku Pengerusi ASEAN 2025, MINDA tahun ini tampil dengan pendekatan serantau yang lebih menyeluruh, sekali gus memperkukuh peranan negara dalam memperkasa sinergi perniagaan di peringkat ASEAN. “Bertemakan Champions of Change – Shaping ASEAN’s Future, MINDA 2025 bukan sahaja mengiktiraf kecemerlangan tempatan, malah memperluas pengaruhnya ke seluruh Asia Tenggara. Ini adalah komitmen kami terhadap integrasi ekonomi dan kemajuan serantau,” ujar YBhg. Dato’ Seri Abdul Malik Abdullah, Pengerusi FMBA.


MINDA merupakan anugerah tahunan yang meraikan sumbangan cemerlang pelbagai sektor industri terhadap ekonomi negara. Tahun ini, sebanyak 40 anugerah akan disampaikan termasuk Lifetime Achievement Awards, ASEAN International Awards, MADANI Young Rising Star Awards, ADANI Woman Excellence Awards dan Industry Excellence, Innovation & Outstanding Awards. Dengan penyertaan syarikat dan tokoh dari seluruh ASEAN, MINDA 2025 bakal menjadi medan penting bagi integrasi perniagaan serantau. Penyertaan ini menyokong wawasan FMBA untuk memperkukuh jaringan rentas sempadan serta memacu pertumbuhan ekonomi serantau.


Sebagai usaha mendigitalkan jaringan perniagaan serantau, FMBA turut memperkenalkan ASEAN Business Connectivity (ABC) – sebuah pangkalan data perniagaan dalam talian untuk promosi produk & perkhidmatan ASEAN, direktori perniagaan masa nyata, peluang kerjasama rentas sempadan, kemudahan pengembangan pasaran eksport dan ABC akan dilancarkan secara rasmi pada MINDA 2025 dan dijangka menjadi antara tarikan utama acara ini.


Kekuatan MINDA disokong oleh lebih 200 persatuan perniagaan termasuk, Kuala Lumpur & Selangor Indian Chamber of Commerce, Malaysia Budget & Business Hotel Association, ASEAN Retail-Chains & Franchise Federation dan Branding Association Malaysia, Malaysia Retail Association. Penyertaan aktif mereka menjadikan MINDA satu institusi pengiktirafan yang berprestij di peringkat kebangsaan dan serantau.


[02/07, 6:54 am] Wannazek 016: Sebagai komponen utama MINDA 2025, Forum ASEAN Business Community Development (ABCD) akan membawakan barisan pembicara ternama membincangkan masa depan digital, lestari dan keusahawanan ASEAN. Bertemakan, “Empowering ASEAN’s Next Leap: Digital, Sustainable & Entrepreneurial Transformation”
[02/07, 6:54 am] Wannazek 016: Forum ini disokong oleh Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri Malaysia (MITI) serta ASEAN Chamber of Commerce and Industry (ACCI).

Kesimpulannya FMBA menyeru semua pemain industri – dari perusahaan kecil dan sederhana (PKS) hingga syarikat multinasional – agar menyertai detik bersejarah ini. MINDA 2025 dan Forum ABCD bukan sekadar acara, tetapi satu platform dinamik untuk membentuk masa depan ASEAN yang lebih bersepadu, berdaya saing dan inklusif