Kempen “Turun Anwar” mahu angkat siapa?

OLEH: WAN FAUZULDIN WAN SAMAD

Parti Pembangkang kini sibuk mengadakan jelajah dan kempen “Turun Anwar” di setiap negeri agar dapat menarik orang ramai agar turun ke KL pada himpunan “Turun Anwar” yang khabarnya akan diadakan pada hujung Julai ini.

Pada asalnya mereka mahu mengadakan himpunan membantah RUU URA (Pembaharuan Semula Bandar), tetapi ditukar tajuk kepada “Turun Anwar” kerana mereka sedar masyarakat di KL khususnya penghuni-penghuni rumah flat yang usang amat menyokong RUU URA ini demi kebaikan mereka.

Hasutan pembangkang kononnya URA ini satu taktik kerajaan untuk mengusir orang-orang melayu dari bandar tidak berjaya menarik perhatian bahkan menjadi bahan lawak jenaka. Maka, himpunan yang dirancang itu ditukar tajuk kepada himpunan “Turun Anwar”.

Rakyat tidak mudah untuk diperdayakan oleh pembangkang. Himpunan “Turun Anwar” ini juga tetap menjadi bahan lawak kerana pembangkang gagal untuk memberikan faktor-faktor berdasarkan fakta yang kukuh, bukan fitnah atau persepsi, mengapa perlu Anwar turun?

Apakah kerana ketakutan maha dahsyat di kalangan pimpinan mereka yang terpalit dengan berbagai skandal sewaktu mereka berkuasa 33 bulan dahulu terdedah dan mereka akan diseret ke mahkamah sekiranya Anwar terus menjadi PM?

Paling tidak masuk akal, mengapa tergesa-tergesa atau terdesak mahu turunkan Anwar di dalam keadaan pembangkang sendiri gagal menamakan seorang calon PM bagi menggantikan Anwar?

Jika mahu Anwar turun, kamu seharusnya sudah ada pengganti yang lebih baik dari Anwar. Rakyat mahu tahu siapa dan mereka mahu menilai calon PM dari pembangkang sebelum mereka mahu sertai himpunan kamu itu.

Jelas, pembangkang tiada calun PM. Mereka masih tidak sepakat untuk menamakan calon PM dari kalangan mereka.

Justeru itu, himpunan “Turun Anwar” hanyalah retorik dan taktik jahat, dengki dan busuk hati semata-mata. Rakyat bijak menilai trek rekod pemerintahan kamu 33 bulan berbanding hampir 3 tahun kerajaan madani memerintah hari ini.

Rakyat akan menolak parti yang hanya tahu mencari salah, menfitnah dan tidak mahu melihat negara ini stabil. Apakah rakyat mahu terima lagi Tun M dan Muhyidin Yasin menjadi PM lagi?

Atau, mereka mahu lebai Hadi atau Hamzah menjadi PM? Ternyata pembangkang hari ini hilang hala tuju dan kehabisan modal dek kerana prestasi PMX serta kerajaan madani ini semakin cemerlang.


WAN FAUZULDIN WAN SAMAD ialah Ketua Cabang PKR Paya Besar