PMX bertemu PM Vietnam di Rio, antaranya bincang isu pencerobohan nelayan

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menghadiri persidangan BRICS di Rio De Janeiro telah bertemu dengan rakan sejawatnya dari Vietnam, Pham Minh Chinh.

Anwar dan Pham telah menilai tahap kemajuan Kerjasama pelbagai bidang dan Anwar sendiri telah membangkitkan isu pencerobohan nelayan.

“Pertemuan ini memberi ruang untuk kami menilai tahap kemajuan kerjasama pelbagai bidang antara Malaysia dan Vietnam, merangkumi perdagangan, pelaburan, pertahanan, keselamatan, maritim, perikanan serta tenaga hijau dan petroleum.

“Saya turut membangkitkan keperluan memperkukuh kerjasama dalam menangani isu aktiviti penangkapan ikan secara tidak sah, sambil menzahirkan harapan agar pendekatan yang lebih konstruktif dapat dirintis demi memastikan kelestarian sumber laut serta memelihara hubungan baik antara kedua-dua negara.

“Malaysia juga menyokong penuh potensi pelaburan dalam tenaga boleh baharu di selatan Vietnam, termasuk inisiatif kabel dasar laut yang mampu memperkukuh jaringan tenaga dua hala, malah seiring dengan aspirasi pembentukan ASEAN Power Grid, sebuah infrastruktur untuk menjamin keselamatan tenaga dan pertumbuhan mampan.

Anwar turut berharap satu lagi pertemuan akan menyusul bersama Pham ketika Sidang Kemuncak ASEAN dalam bulan Oktober.

BACA JUGA: Malaysia, negara yang disayangi, kekalkan peningkatan pelancong