Purata kepandaian (IQ) orang Malaysia lebih tinggi daripada purata kepandaian dunia

Menurut World Population Review 2024 purata kepandaian (IQ) rakyat Malaysia bernilai 100 mata.

Ini adalah satu peningkatan berbanding tahun 2019 bila mana Malaysia memperoleh 87.6 mata.

Nilai ini jauh lebih tinggi berbanding purata IQ dunia di sekitar 98 mata.

Ia juga meletakkan Malaysia di tangga ke 25 secara keseluruhan.

Bila dibandingkan dengan negara – negara Asia Tenggara, hanya Singapura dan Thailand mendahului Malaysia. Singapura di tangga ke -8 dengan105 mata.

Thailand pula memperoleh 102 mata di tangga ke-15.

Vietnam memperoleh jumlah mata sama dengan Malaysia di tangga ke 27.

Brunei di tangga ke-58 dengan 98.1 mata.

Myanmar di tangga ke-64 dengan 97.4 mata.

Di tangga ke-76 Filipina memperoleh 96.7 mata.

Kemboja di kedudukan ke-96 dengan 94 mata.

Indonesia pula di tangga ke-100 dengan 93.2 mata.

Laos di tangga ke-105 dengan 92 mata.

BACA JUGA: Trump gelar Netanyahu lelaki terhebat di dunia