Baru tiba jam 2.05 pagi, terus kerja hadiri mesyuarat Menteri Luar ASEAN
Delegasi Malaysia termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim selamat tiba di tanah air pada jam 2.05 pagi tadi selepas lawatan kerja ke tiga negara.
Jadual padat menanti Anwar hari ini untuk menghadiri sesi pembukaan Mesyuarat Menteri-Menteri Luar ASEAN Ke-58 di KLCC.
“Sempat rehat dan bersama keluarga buat seketika sebelum pagi ini turun ke KLCC bagi sesi pembukaan Mesyuarat Menteri-Menteri Luar ASEAN yang menjadi medan penting memperkukuh solidariti serantau serta menyelaras pendirian bersama dalam menghadapi tatangan global,” katanya dalam satu catatan di Facebook.
Anwar memulakan lawatan kerja tiga hari ke Rom, Itali, disusuli dua hari lawatan rasmi ke Paris, Perancis, dan kemudian menghadiri Sidang Kemuncak Pemimpin BRICS Ke-17 di Rio de Janeiro, Brazil.
Beliau turut mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Itali, Giorgia Meloni; Presiden Perancis, Emmanuel Macron, dan Presiden Brazil, Luiz Inácio Lula da Silva.
BACA JUGA Pelik dulu Mahiaddin hapus GST ganti SST, sekarang u-turn tak sokong SST