Pelik dulu Mahiaddin hapus GST ganti SST, sekarang u-turn tak sokong SST

Tindakan terkini Presiden Bersatu, Tan Sri Mahiaddin Md Yassin yang menyokong pemansuhan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) dikritik penganalisis politik yang mempersoalkan konsistensi dan kejujuran beliau terhadap dasar percukaian negara.

Pemerhati politik, Norman Radzuan berkata tindakan bekas Perdana Menteri itu jelas menunjukkan sikap tidak tetap pendirian.

Katanya, inilah wajah sebenar Ketua Perikatan Nasional (PN), dahulu menyokong pembatalan GST supaya diganti dengan SST, namun lain pula kali ini.

“Waktu jadi kerajaan ganti GST dengan SST. Waktu jadi PM kekalkan SST. Bila jadi pembangkang dia nak batal SST…” katanya dalam satu ulasan di Facebook 

Beliau berkata, hampir semua tokoh utama politik negara pernah ‘terkena’ dengan sikap tidak konsisten Mahiaddin, termasuk Datuk Seri Najib Razak, Tun Dr Mahathir Mohamad, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

“Saya hairan apa pembangkang percaya dengan orang ini? Habis Najib, Mahathir, Anwar, Zahid kena ‘kencing’ dengannya.

“Apatah lagi rakyat. Sebenarnya Hadi Awang pun kena kencing tapi sebab saling bertipu tipuan, halalkan buat sementara,” ujarnya.

Beliau mengulas mengenai laporan Bersatu Bahagian Pagoh meluluskan usul supaya kerajaan menghapuskan SST bagi mengurangkan tekanan kos sara hidup dihadapi rakyat kini.

“Cadangan memansuhkan cukai SST adalah perlu kerana ia membebankan rakyat,” katanya baru-baru ini.

Sementara itu Norman mempersoalkan integriti program Jana Wibawa yang didakwa bertujuan membantu kontraktor Melayu, namun majoriti manfaatnya dikatakan jatuh ke tangan kontraktor bukan Bumiputera.

“Guna duit rakyat berbelas bilion untuk Jana Wibawa konon nak bantu kontraktor Melayu tapi ramai kontraktor Cina yang dapat… macam mana orang Melayu boleh percaya Mahiaddin?,” soalnya.

BACA JUGA Tun Faisal disekolahkan, ini bukan zaman Mahathir dan media dikawal