Selepas pil kuda gempar puluhan ribu vape pula, MP Pas ini ‘tak sempat nak jaga rakyat’

Ahli Parlimen Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari dilihat sebagai ‘tidak sempat jaga rakyat’ susulan rampasan lori sarat dengan puluhan ribu unit peranti rokok elektronik (vape).

Pemerhati politik Mohd Hisyamuddin Ghazali atau lebih dikenali Syam Ghaz berkata demikian mengulas kejayaan Pasukan Gerakan Am (PGA) merampas 57,780 unit vape pelbagai perisa serta sebuah lori.

Rampasan dalam satu serbuan petang semalam di Kampung Gelang Mas itu dianggarkan bernilai keseluruhan RM8.8 juta.

Un (walaun) sembang kononnya mereka isytihar “juara” haram Vape, tapi akhirnya selori vape bernilai RM8.8 juta ditahan di Pasir Mas.

Ahmad Fadhli Shaari

“Ahli Parlimen Pasir Mas ni dia sibuk suruh PMX turun sambil main Facebook, tak sempat nak jaga rakyat.

“Hari tu founder pil kuda di kandang lembu Pasir Mas juga RM5 juta nilai rampasan,” katanya lagi.

Sebelum ini, dilaporkan Kelantan mencatatkan kes penyalahgunaan dan penyeludupan dadah yang sangat membimbangkan dengan trend peningkatan sejak 2022.

Penemuan dadah jenis pil kuda seberat lebih 35.4 kilogram (kg) di Pasir Mas pada 27 Jun lalu membawa kepada penahanan enam suspek, termasuk sepasang suami isteri.

Menggemparkan negara apabila 20kg pil kuda rupanya disorokkan di bawah timbunan najis lembu.

Mereka menggunakan modus operandi menjadikan kandang lembu sebagai lokasi simpanan stok dadah bernilai jutaan ringgit sebelum mengedarkannya.

BACA JUGA OPR turun legakan rakyat, pembangkang saja sibuk buat jelajah sendu turun Anwar