Bapa Ketua Pemuda UMNO kembali ke rahmatullah
Bapa kepada Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh meninggal dunia pada jam 9.10 pagi tadi.
Allahyarham Saleh Lempah menghembuskan nafas terakhir akibat sakit tua pada usia 66 tahun.
Dr Muhamad Akmal yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau memaklumkan perkara itu menerusi hantaran di Facebook.
“Dukacita dimaklumkan bahawa ayahanda kesayangan kami, Cikgu Saleh bin Lempah, telah kembali ke rahmatullah sebentar tadi, jam 9.10 pagi.
“Mohon doakan agar ayahanda kami diampunkan segala dosanya dan ditempatkan dalam kalangan kekasih Allah,” katanya.
Beliau turut memaklumkan, jenazah Allahyarham ayahnya akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Ar-Rahim, Merlimau, Jasin, selepas solat Jumaat nanti.
Sebelum ini, Akmal pernah memberitahu perkembangan terkini mengenai keadaan kesihatan bapanya yang dilaporkan semakin merosot sejak akhir bulan lalu.
Exco Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan Melaka berkenaan turut meminta orang ramai yang mengenali Allahyarham agar mendoakan kesejahteraan dan keampunan buat insan tersayang itu.
BACA JUGA ‘Tiada siapa boleh jadi PM kecuali Haji Hadi, sebabnya…’