Hormati pandangan tapi ikut proses, kata PM berkenaan Titah Adendum dan permintaan UMNO

Kerajaan menghormati pandangan semua pihak berkaitan Titah Adendum mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Namun, mereka juga perlu mengikuti proses yang sedia ada memandangkan ia masih merupakan urusan mahkamah, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Tak apa dan (adendum masih) urusan mahkamah sekarang, tak ada masalah. (Biar) urusan mahkamah.

“Pandangan masing-masing, kita hormati tapi (harus) ikut proses,” katanya selepas menunaikan solat Jumaat di Surau Ar-Rahim Presint 15, Putrajaya.

Beliau berkata demikian sebagai reaksi kepada Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki yang memohon titah tahanan rumah ke atas Najib dilaksanakan selaras dengan kuasa mutlak Yang di-Pertuan Agong susulan pengesahan kewujudan Titah Adendum.

BACA JUGA Johari jalankan tugas, fungsi Menteri Sumber Asli