“OPR Naik Rakyat Terbeban, OPR Turun Rakyat Terus Terbeban”, Pas parti serba salah
Oleh MAHFUZ OMAR
Pas keliru antara ubat dan penyakit
Menurunkan OPR adalah ubat kepada ekonomi yang perlahan dan membantu rakyat yang terbeban dengan hutang dan bukannya menjadi punca beban.
Penurunan OPR ringankan beban pinjaman
Apabila OPR diturunkan, kadar faedah pinjaman perumahan, kenderaan dan perniagaan turut menurun.
Ini secara langsung mengurangkan beban rakyat yang sedang berhutang – termasuk golongan M40 dan B40 yang terkesan dengan kos sara hidup.
Apabila OPR turun, ansuran pinjaman rumah, kereta, dan perniagaan jadi lebih murah.
Dorong pertumbuhan ekonomi dan peluang pekerjaan
Penurunan OPR bertujuan merangsang ekonomi dengan menggalakkan aktiviti pelaburan dan perbelanjaan.
Perniagaan kecil dan sederhana dapat pinjaman lebih murah, menjana lebih banyak pekerjaan dan menyokong pertumbuhan ekonomi rakyat.
Ini langkah membantu rakyat, bukannya membebankan rakyat.
Potensi pelaburan bukan sekadar angka
Ya, sebahagian pelaburan masih dalam bentuk komitmen tetapi itu proses biasa.
Apakah Pas mahu Malaysia duduk diam dan tidak berusaha menarik pelaburan langsung asing (FDI)?
Kerajaan Madani adalah kerajaan yang bekerja. Sepatutnya Pas/PN menjadi pembangkang yang membina tetapi sebaliknya hanya bercakap dan menyalak.
Rakyat diminta berbelanja secara bertanggungjawab bukannya boros
Apabila OPR rendah, rakyat ada lebih lebihan untuk berbelanja.
Ini membantu merancakkan ekonomi domestik. Nasihat “kawal hutang, kawal belanja” bukanlah idea baharu, malah sudah lama ditekankan kerajaan.
Siapa sebenarnya tiada idea?
Pas mengulang-ulang retorik ‘harga barang naik’ dan kos sara hidup meningkat setiap kali ada ruang, tetapi mereka sendiri tiada pelan tindakan konkrit.
Zaman mereka dalam kerajaan, inflasi tetap berlaku.Bila mereka gagal kawal harga ayam dan minyak, mereka salahkan orang lain juga.
Sebenarnya, Pas hanya mahu burukkan apa saja yang kerajaan Madani buat.
OPR turun – mereka bising.
OPR naik – mereka bising.
Subsidi disasar – mereka bantah.
Subsidi pukal – mereka kata tak cukup.
Naik Salah
Turun Salah
Jadi Pas Serba Salah
Jadi, apa sebenarnya pendirian Pas?
Kerajaan berusaha mencari jalan seimbang, bukan populis.
Kalau Pas ada dasar ekonomi yang lebih baik, kemukakan jangan hanya berpantun di media sosial.
*DATUK MAHFUZ OMAR merupakan Naib Presiden AMANAH.