Penyitaan, pelucutanhakan aset Daim di 11 negara bernilai lebih RM3 bilion
Aset bernilai lebih RM3 bilion di 11 negara bakal disita dan dilucuthak dari Allahyarham Tun Daim Zainuddin, keluarga dan sekutunya oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
“Berdasarkan maklumat terkini hasil daripada Kerjasama strategik dengan agensi penguatkuasa di United Kingdom iaitu National Crime Agency dan International Anti-Corruption Coordination Centre, SPRM telah mengenalpasti pemilikan aset-aset luar biasa bernilai tinggi di 11 buah negara iaitu United Kingdom, Amerika Syarikat, Switzerland, Singapura, British Virgin Islands, Kepulauan Cayman, Jersey, Itali, Jepun, Indonesia dan beberapa negara di benua Afrika dengan anggaran nilai melebihi RM3 bilion,” dedah SPRM dalam satu kenyataan.
Sebanyak tujuh aset tak alih dan alih di United Kingdom dianggarkan bernilai RM758 juta.
Permohonan Bantuan Perundangan Bersama (MLA) sedang diproses melalui Pejabat peguam Negara.
Aset di Jersey melibatkan empat akaun bank dan pelaburan bernilai 1.15 billion manakala di Singapura 12 akaun bank dan pelaburan bernilai RM540 juta.
Permohonan maklumat di negara lain sedang diusahakan.
Di Malaysia pula, penyitaan Menara Ilham telah dilaksanakan pada 5 Jun manakala permohonan pelucuthakan tanpa pendakwaan telah difailkan pada 25 Jun 2005.
Keterangan isteri Tun Daim iaitu Toh Puan Na’imah Khalid dan anak beliau Muhammed Amer Zainuddin bin Daim telah dirakam pada 14 Jun.
Keterangan Muhammed Amin Zainuddin bin Daim yang berada di United Kingdom akan direkodkan. Ketiga-tiga mereka merupakan pemegang saham majoriti Ilham Tower Sfn Bhd dan pemilik manfaat.
BACA JUGA Polisi cukai Mahiaddin ikut dan, ikut anak tekak, kata pengkritik pro Pas